Blog Kesihatan Biodea

Ketahui Bagaimana Turunkan Kolesterol Secara DRASTIK!!

2 Minggu lalu Admin ada menghadiri satu seminar yang ringkas berkenaan Kolesterol. Tujuan utama seminar ini lebih kepada informasi yang tepat tentang kolesterol. Doktor yang datang berikan Talk Berkenaan Kolesterol tu sangat berpengalaman. Alhamdullilah, Input yang di berikan sangat mengujakan. Namanya Doktor Hassan.

Doktor Hassan ada tugasan untuk menjaga pemakanan untuk satu pasukan bolasepak. Memang teruja dengar. Ingatkan kat negeri omputih je ada doktor yang jaga pemakanan Player, ini di Malaysia pulak tu. WOW!!!!…Kagum pun ada.

Ok berbalik dari info yang Doktor Hassan berikan. Menurut Kajian Doktor Hassan, 50 – 60% daripada kelompok masyarakat kita ni berkolesterol tinggi. Fuhh tinggi tu. Tapi biasanya semuanya tak sedar akan kehadiran Kolesterol yang tinggi dalam badan.

Pada permulaan Doktor Hassan tu beritahu 60% daripada pemain bolasepak di pasukannya punyai kolesterol yang tinggi. Huh? Main boleh pun kolesterol tinggi ker? Aktif sukan pun kolesterol tinggi ker? Macam mana ni?

Ini satu tugasan yang berat untuk Doktor Hassan. Munurut Doktor Hassan lagi, ini semuanya berpunca dari pemakanan. Memang betul pemain bolasepak sangat aktif, tapi biasanya atlet yang tak jaga pemakanan berupaya mendapat kolesterol yang tinggi.  Tambahan pula dengan makanan yang senang terhidang di luar sana. Wow.

So apa yang di lakukan oleh Doktor Hassan? Perkara utamanya adalah jaga pemakanan untuk semua pemain di pasukannya. Setiap game home & away, Doktor Hassan kena pergi. Doktor Hassan perlu pantau setiap menu yang pemainnya makan di hotel dan juga di luar hotel. Bukan sekadar itu sahaja, Doktor Hassan perlu pastikan makanan yang pemain tu makan mestilah penuhi Diet Pemakanan yang di sediakan.

Perkara yang peling utamanya adalah, JANGAN ADA UNSUR MINYAK DALAM PEMAKANAN PEMAIN BOLASEPAK. Minyak adalah penyumbang utama untuk Kolesterol yang tinggi. Doktor Hassan akan pastikan tiada makanan berminyak untuk setiap pemain pasukannya. Ini adalah WAJIB untuk setiap pemainnya.

tiada-minyak-masak-dlm-masakan

Semua makanannya mestilah dikukus atau panggang atau apa sahaja asalkan tidak berminyak. Memang wajib. So maksudnya, TIADA LAGI MINYAK DALAM KAMUS PEMAIN DI PASUKKANNYA. Dan Doktor Hassan membuat pemantauan secara terperinci supaya Diet Pemain Pasukkan terjaga dan Kolesterol dapat di turunkan.

1 Tahun Doktor Hassan buat pemantauan secara serius. Tiada diplomasi. Semua pemain, Staff dan Pihak Hotel mesti ikut arahan pemakanan Doktor Hassan. Hasilnya selepas 1 tahun, tahap kolesterol pemain pasukkan menurun dari 60% kepada 32%. WOW. Sungguh luar biasa. Tindakkan mengawal dan menghindarkan MINYAK dalam makanan pemaninnya mendatangkan hasil.

Kini Doktor Hassan meneruskan pemantauan kepada pemainnya. Disiplin dalam padang dan luar padang terutamanya soal pemakanan terus di jaga. pesannya yang paling mudah untuk turun dan kawal kolesterol, JANGAN AMBIL MAKANAN YANG BERMINYAK.

“SENAMAN HANYA MENYUMBANG 30% UNTUK KITA SIHAT, 70% adalah dari PEMAKANAN KITA SEHARIAN”

Untuk Supplement Mengawal Kolesterol Amalkan Jus Lessterol. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

 

3 thoughts on “Ketahui Bagaimana Turunkan Kolesterol Secara DRASTIK!!

  1. Pingback: Bagaimana Rawatan Jantung Tersumbat Dibuat ? – Blog Kesihatan Biodea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *