Blog Kesihatan Biodea

Panduan Kiraan Kalori Yang Masuk Dalam Badan.

calories

Kalori…Kalori..Kalori…

Hari-hari dengar pasal Kalori. Bakar kalori, bakar kalori, bakar kalori. Mengapa nak bakar kalori pulak? Jawapan yang biasa kita dengar. Bakar kalori untuk kurus. Bakar kalori supaya tak gemok.  Jawapan tu tak ada salahnya. Cuma maksud yang sebenarnya, kalori yang berlebihan akan hasilkan lemak yang berlebihan.

Bila tak bakar, ia boleh menjurus kepada kegemukkan malah ia akan menyebabkan tahap kolesterol jahat dalam darah bertambah. APA ITU KOLESTEROL? Tengok Link ini : Apa Itu Kolesterol? Kalau kolesterol berlebihan apa pula akibatnya? Saluran Darah ke Jantung akan sumbat dan akan menyebabkan STROK dan sakit Jantung.

So Apa itu Kalori?

Kalori adalah satu kiraan tenaga dalam badan manusia. Badan manusia perlukan Tenaga untuk mengerakkan keseluruhan anggota badan seharian. Setiap badan manusia perlukan kalori. Tanpa kalori yang cukup pun susah. Tapi biasanya Kalori dalam badan TERLEBIH dan disimpan lama dalam badan yang akan bertukar menjadi LEMAK!!!.

Berapa Kalori yang di perlukan dalam Badan Manusia.

  • Untuk Lelaki Memerlukan Kalori sekitar 2000 – 2500 Kalori sehari.
  • Untuk Wanita Pula Perlukan Kalori sekitar 1600 – 200 Kalori sehari.
  • Untuk Wanita Mengandung pula perlukan 2000 – 2500 kalori sehari.
*** Setiap 8000 kalori yang tidak di bakar akan menjadi lemak yang beratnya = 1KG.

Ok Paham kat sini?

Kita teruskan. Sekarang macam mana nak kira kalori yang masuk dalam tubuh badan kita? Semuanya bermula dengan bacaan Fakta Pemakanan / Nutrition Fact yang ada di label makan yang kita makan. Cube tengok kat setiap kotak / botol / pek makanan yang kita makan. Mesti ada tulis Berapa kandungan Karbohidrat, Berapa Lemak, Berapa Gula, Berapa Protien? Macam Contoh di bawah:

bk

So Cara Kiranya ;

  • Karbohidrat   :  Didarab dengan 4 kalori setiap gram.
  • Protein          :  Didarab dengan 4 kalori setiap gram.
  • Lemak           :  Didarab dengan 9 kalori setiap gram
  • Gula              :  Di darab dengan 4 kalori setiap gram.

Sebagai contoh Jumlah Kalori dalam Burger Mcdonalds. (Mc Chicken Burger)

  1. Karbohidrat – 40.8g    = (163.2kcal) ***kcal unit bacaan kalori. 
  2. Protein  – 15.3g   = (61.2 kcal)
  3. Lemak  – 21.4g   = (192.6kcal)

So Total Kaori dalam Burger McChicken Mcdonalds = 417kcal. Ini hanya Burger sahaja. Belum termasuk hidangan lengkapnya seperti Frech Fries (319kcal ) dan Air Coke Medium Size (210kcal). So total 1 hidangan burger Mcdonalds adalah = 946kcal. Ini hanya untuk sekali makan. Belum cerita makanan yang di makan untuk seharian. Sabar.  Saya akan terangkan kat bawah ni.

Ok paham setakat ini?

Cuba kira kirakan berapa kalori yang masuk dalam badan untuk pola makanan yang biasa untuk Rakyat Malaysia.

1) Makan pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kcal) + Telur mata kerbau (21 kcal)  + Teh tarik (120 kcal) = 541 kcal.

2) Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kcal) + Teh O (20 kcal) = 410 kcal

3) Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kcal) + Ayam kari (250 kcal) + Dalca sayur setengah cawan (150 kcal) + Air Tin Berkabonat (120 kcal) = 940 kcal

4) Minum petang:
Teh Tarik (120 kalori) + Roti Canai (200 kalori) = 320 kcal

5 ) Makan malam:
Nasi 3 cawan (420 kcal)  + Ikan Kembong Kari (85 kcal) + Kangkung goreng belacan (120 kcal) = 625 kcal

JUMLAH KESELURUHAN KALORI MASUK DALAM BADAN SEHARIAN : 2836 kcal.

Jumlah kalori yang di perlukan oleh orang lelaki 2500 kcal.

Jadi kalori yang berlebihan adalah : 2836 kcal – 2500 kcal = 336 kcal. 

Bayangkan Anda makan Makanan yang sama selama 1 minggu. Kalori yang lebih selama 1 minggu ,  336 kcal x 7 hari = 2352 kcal.

Dalam Masa 1 bulan ? , 2352 x 4 minggu = 9408 kcal . Bermakna setiap bulan berat badan anda boleh bertambah 1KG JIKA semua kalori itu tidak di bakar. SANGAT merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kegemukkan dan meningkatkan kolesterol dalam badan anda.

counting-calories-intro

So Macam mana nak buat? Tak kan nak kira setiap hari yang kira makan. Tak kan nak bawak kalkulator pulak. Sebenarnya tak susah pun nak kawal. Take note setiap makanan yang kita makan setiap hari. Apa makanan rutin kita. Ambil kita nutrition fact setiap yang kita makan. Campurkan semuanya. Then kira laa berapa kalori yang lebih masuk dalam badan. Agak2. kalau dah dapat kiraan untuk makana rutin kita, dah boleh agak2 berapa kalori yang lebih setiap hari.

Lepas tu Bakarlah Kalori yang berlebihan tu secara berhemah. Macam Mana? Boleh guna cara di bawah :

  • Bersenam
  • Berjalan. Ambil peluang untuk setiasa berjalan. Kalau sapa ada HP Samsung. Ada satu app namanya S Health. Boleh setkan. Jalan sambil bawak HP tu. Apps tu akan kira berapa kalori yang dah di bakar ikut langkah kita.
  • Kurangkan guna Lift. Naik Opis guna tangga. Kalau opis tinggi2. Ambil peluang naik tangga dari GF to 2nd/3rd floor. Yg lain naik Lift.
  • Ambik masa Jogging. Kalau ada masa Wordout kat GYM. TreadMill pun tak apa.
  • Berbasikal
  • Menonton TV juga boleh bakar Kalori.

Kalau nak Supplement Diet yang Sangat berkesan. Boleh Cuba ILARA CANDY. 

Refer info bawah ni. Jenis-jenis makanan yang biasa di Malaysia beserta jumlah kalorinya.

Jumlah Kalori Dalam Makanan Di Malaysia.

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kcal
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kcal
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kcal
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kcal
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kcal
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kcal
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kcal
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kcal
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kcal
10. Roti putih (2 keping) = 156 kcal
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kcal
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kcal
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kcal
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kcal
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kcal
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kcal
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kcal
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kcal
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kcal
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kcal
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kcal
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kcal
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kcal
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kcal
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kcal
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kcal
Kategori : Minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kcal
2. Minuman kotak 250g = 105 kcal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kcal
4. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kcal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kcal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kcal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kcal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kcal.
Kategori:  Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kcal
2. Betik (sepotong) = 45 kcal
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kcal
4. Durian (5 ulas) = 64 kcal
5. Limau (sebiji) = 42 kcal
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kcal
7. Nenas (sepotong) = 59 kcal
8. Epal (sebiji) = 63 kcal
9. Ciku (sebiji) = 44 kcal
10. Mangga (sebiji) = 103 kcal
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kcal
2. Nugget ayam (satu) = 60 kcal
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kcal
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kcal
5. Burger keju (satu) = 425 kcal
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kcal
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kcal
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kcal
Kategori: Kuih Muih
 1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kcal
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kcal
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kcal
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kcal
5. Popia goreng (satu) = 130 kcal
6. Popia basah (satu) = 95 kcal
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kcal
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kcal
9. Karipap (sebiji) = 130 kcal
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kcal
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kcal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *