Blog Kesihatan Biodea

Kenali Virus Zika

Kecoh satu malaya kerana virus zika. Seperti yang sedia maklum baru-baru virus zika telah berada do Singapura. Dan lebih membimbangkan lagi ia boleh masuk ke Malaysia. Hari ini satu kes wanita malaysia yang menetap di Singapura di jangkiti Virus Zika. Pihak kesihatan Singapura memantau kes ini secara serius supaya tidak terus menular.

Virua zika

Virua zika

APA ITU VIRUS ZIKA?

Virus zika adalah satu virus yang di bawa oleh Nyamuk Aedes yang lebih kurang sama dengan denggi dan chikungunya. Tetapi virus zika amat merbahaya jika dijangkiti oleh wanita yang mengandung.

Virus zika ini boleh menyebabkan otak bayi mengecil dan akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka. Atau bahasa saintifiknya sindrom microcephaly.

Simptom utama Demam Zika

– Sakit kepala
– Ruam pada kulit
– Sakit sendi
– Mata kemerahan

AWAS jika anda mengalamai simptom2 di atas, sila cepat-cepat berjumpa denga  doktor. Buat masa ini tiada lagi vaksin untuk Virus Zika. Kita semua kena sama-sama alert akan merbahaya virus zika.

Lebih utamanya sekarang ni, jangan kita biarkan nyamuk Aedes hidup berleluasa di kawasan rumah kita. Buang dan bersihkan semua takungan air dan tempat-tempat yang boleh menyundang pembiakan nyamuk Aedes.

ALERT SENTIASA. JUMPA DOKTOR SEGERA JIKA ADA SIMPTOM DI ATAS…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *