Blog Kesihatan Biodea

Cara Terbaik Makan Ketika Lapar.

Setiap antara kita sentiasa menginginkan susuk badan yang cantik juga badan yang sihat. Banyak caranya untuk badan kelihatan sentiasa sihat dan bertenaga. Pengawalan makanan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi kita setiap hari bertempur dengan nafsu makan dan hidangan yang ada di Malaysia ni.

Jadi diet yang sihat biasa menjadi penentu kepada kesihatan yang lebih baik. Maksudnya jika kita sentiasa menjaga diet yang seimbang, badan akan menjadi sihat dan paling penting berat badan akan sentiasa seimbang.

lapar

Tabiat makan ketika lapar sudah sinonim dengan kehidupan kita sejak kecil lagi. Tambahan lagi kita ni selalu makan makanan yang tidak perlu di makan walaupun kita tak lapar. Pengambilan makanana yang tidak sihat dan bukan pada masanya sering menjadi titik tolak pada pengembangan badan kita. Dari situ berpuncanya berat badan bertambah, kolesterol tak terkawal, pengambilan gula berlebihan, obesiti dan sering jadi penyebab kita dapat penyakit di kemudian hari.

Lapar tak semestinya kita perlu suapkan mulut kita dengan makanan tak sihat. Lapar bukan tiket untuk kita bantai semua makanan yang sebenarnya tak di perlukan untuk tubuh yang sihat.

Berikut adalah tips-tips pengambilan makana yang sihat ketika anda Laparrrr.

  1. Ambil hidangan anda yang penuh dengan Protien & Rendah Lemak. Ambillah makanan seperti kacang, pop corn, kismis, coklat atau biskut sementara anda menunggu masa makan yang sebenar. Contohnya di pejabat sementara tunggu waktu Lunch, bolehlah ambil makana yang cukup protien & rendah lemak.
  2. Ambil sayur atau buah ketika menunggu waktu makan. Buahan yang berserat seperti epal sangat baik untuk anda. Tambahan pula Buah-buahan punyai kandungan air yang sangat tingi sangat baik untuk badan anda.
  3. Makan ketika lapar selalunya mengundang pada makan yang berlebihan. Betul ? Biasa makan 1 pinggan. Ketika lapar boleh menjurus pada makan 1 pinggan setengah. Jadi bagaimana? Jangan tunggu lapar baru nak makan. Makan pada waktunya walaupun anda tidak lapar. Tetapi dengan kuantiti yang sepatutnya.

Tip di atas sangat sesuai untuk semua. Baik bekerja di Office atau suri rumah yang sentiasa ada di rumah. Bukan bermaksud dok umah ada tiket untuk makan lebih. BUKAN Ya. Kawal pemakanan, ambil makanan yang sihat dan cuba makan sebelum anda lapar. OK?

Good Luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *