Blog Kesihatan Biodea

Apa Itu Kolesterol?

Tau ke apa maksud Kolesterol.? Alert ke dengan kolesterol ? Ambik tau ke pasal kolesterol?

Setiap manusia ada Kolesterol. Kolesterol itu maksudnya lemak yang ada di di dalam aliran darah. Kolesterol dihasilkan oleh hati dan diperlukan untuk proses metabolisme tubuh, seperti membantu pembentukan sel baru dan hormon. Kolesterol ada 2 jenis. High-Density Lipoprotein : HDL(Baik) & Low-Density Lipoprotein :  LDL (Jahat)

Tahap kolesterol yang normal adalah di bawah 200 mg/dl. Alamak apa pulak mg/ml. Itu unit bacaan untuk kolesterol. Ada di baca mg/ml. Ada juga di bawah dengan unit mmol/l. Ok tak payah nak pening2. Bacaan kolesterol yang normal adalah di bawah 200 mg/dl atau 5.12 mmol/l. Jika kolesterol anda di atas 240mg/dl atau 6.2mmol/l, anda di kategorikan sebagai berkolesterol tinggi. Dan sangat berisiko untuk sakit jantung / stroke.

bahaya-kolesterol-pada-badan

Ok apa itu LDL? 

Kolestrol LDL adalah lemak yang jahat yang boleh menimbum pada dinding dalam dari pembuluh darah, terutama pembuluh darah kecil yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Jika LDL ini berlebihkan, ia akan membentuk timbunan lemak itu yang semakin lama semakin tebal dan keras. Akibatnya akan terjadinya arteriosklerosis, dan akhirnya menyumbat saluran darah.

HDL apa pulak?

Kolestrol HDL adalah  lemak yang baik kerana ia membersih dan mengangkut timbunan lemak dari dinding pembuluh darah ke hati.

Berikut adalah bacaan untuk kolesterol. 

Kolesterol Secara Keseluruhan.

200 mg/dL atau kurang
Normal
200 – 239 mg/dL
Border untuk kolesterol tinggi
240 mg/dL atau lebih
Kolesterol Terlalu tinggi

Kolesterol HDL

Kurang dari 40 mg/dL
Terlalu rendah
Lebih dari 60 mg/dL
Normal

Kolesterol LDL

Kurang dari 100 mg/dL Normal (recommended)
100 – 129 mg/dL Paras Berjaga-jaga
130 – 159 mg/dL Border untuk Tinggi
160 – 189 mg/dL Tinggi
190 mg/dL dan lebih Sangat tinggi & Merbahaya

Jadinya Kolesterol dalam badan juga amat penting. Semestinya kena pastikan supaya sentiasa berada di paras yang normal. Ambillah pemeriksaan doktor 3 bulan / 6 bulan sekali untuk memastikan Kolesterol anda berada di paras yang normal.

JANGAN sampai kolesterol anda berada di tahap yang tinggi. Ia akan menyempitkan aliran darah ke jantung dan sangat merbahaya serta boleh menyebabkan Sakit Jantung atau Stroke. Bagaimana nak mengawal kolesterol?

Untuk mengawal kolesterol tak susah. Hanya mengawal pemakanan anda. Kurangkan makan makakan yang berlemak / berminyak / bersusu. Mudah. Banyakkan aktiviti gerakkan seperti berjalan atau jogging atau bersenam. Setiasa ingat untuk makan dan hidup dengan gaya yang sihat.

Untuk penambahan, JUS Lessterol juga boleh membantu untuk menurun dan mengawal Kolesterol dalam badan. Layari www.biodea.com.my untuk maklumat lanjut.

 

2 thoughts on “Apa Itu Kolesterol?

  1. Pingback: Panduan Kiraan Kalori Yang Masuk Dalam Badan. – Blog Kesihatan Biodea

  2. Pingback: Bagaimana Rawatan Jantung Tersumbat Dibuat ? – Blog Kesihatan Biodea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *