Blog Kesihatan Biodea

7 KELEBIHAN KHASIAT HALIA UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN

Buang Angin & Toksin

Kombinasi ramuan ini sangat baik untuk membuang angin dan menjadikan tubuh segar serta berasa ringan.

Langsingkan Badan

Halia juga boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus, kemudian campurkan dengan air panas. Amalkan minuman ini setiap pagi ketika perut kosong. Ia membantu proses pencernaan.halia-kebaikan

Menghilangkan Bau Badan

Ramai wanita yang mengalami masalah bau badan. Bagi mengatasi masalah ini, amalkan minuman air halia bersama teh. Atau amalkan mengunyah halia yang ditumbuk hancur.

Merahkan Bibir
Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur. Letakkan halia yang telah ditumbuk di bahagian bibir. Amalkan petua ini sekali sehari, ia membantu membuang sel kulit mati dan menjadikan bibir kemerahan secara semulajadi.

Menaikkan Seri Wajah

Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas. Minum setiap pagi. Kombinasi ramuan ini membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekali gus menaikkan seri wajah. Amalkan selalu, anda pasti gembira dengan hasilnya.

Bersihkan Kulit

Halia juga boleh digunakan untuk melulur tubuh. Ia membantu membersihkan kulit dan membuang angin. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat. Jadikan lulur.

Redakan Tekanan

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Manfaatkan halia dalam bentuk yang anda suka. Ini kerana halia dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman tubuh. Apabila kita berasa relaks, wajah dan tubuh akan tampak segar. Sekaligus ia menyerlahkan kecantikan semulajadi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *