Blog Kesihatan Biodea

BAWANG PUTIH – PENAWAR KOLESTEROL

Bawang Putih. Selalu kita nampak. Pegi dapur nampak bawang putih. Nak masak nampak bawang putih. Dalam lauk pauk ada bawang putih. Mana2 nampak Bawang Putih. Senangnya dapat bawang putih. Tapi tau tak, bawang putih ni boleh turun kolesterol? Mungkin ni info baru bagi anda.

bawang putih

Dulu memang ada orang cakap, kalau kolesterol tinggi ambik je bawang putih. Huh? Ye ke? Dia cakap kunyah je bawang putih hari. Huh? Makan2 biasa pun tolak bawang putih tepi pinggan. Ni pulak nak kunyah terus.

Dia tambah lagi. Kalau kunyah tak boleh. Hiris kecik2 then makan macam tu je. Boleh dengar laa advice ni. Tapi implementation…ke laut. Memang tak laa kan.

Memang betul laa orang tu cakap. Memang ada kajian dibuat dan terbukti yang Bawang Putih memang boleh turunkan kolesterol. Fuhhhh…benda yang hari2 depan mata selama ni rupanga boleh jadi PENAWAR PADA MASALAH KOLESTEROL.

“BAWANG PUTIH telah terbukti mampu mengurangkan pembentukan plak di dinding arteri. Satu penyelidikan di Molecular Nutrition & Food Research menyatakan bahawa diet yang kaya dengan bawang putih dapat membantu mencegah aterosklerosis, iaitu gejala tang menjurus pada serangan jantung dan stroke. Ia juga dapat mencegah pembekuan darah serta meningkatkan fungsi pembuluh darah.

TAMBAHAN LAGI, bawang putih dapat menurunkan jumlah kolesterol, LDL, serta VLDL (kolesterol jahat) dalam darah dan meningkatkan jumlah HDL (kolesterol baik) dalam darah. Hal ini disebabkan oleh KANDUNGAN BAWANG PUTIH sangat efektif dan menghalang pembentukan kolesterol di hati. “

So kalau berkesempatan dan sanggup untuk makan terus bawang putih. Memang sangat bagus untuk Menurunkan Kolesterol. Nampak cam biasa je kan. Khasiatnya sangat POWER.

Bawang Putih Juga salah satu kandungan JUS Lessterol. Apa Pulak Jus Lessterol? Nanti saya beritahu ya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *