Blog Kesihatan Biodea

9.6 Juta Rakyat Malaysia Berkolesterol Tinggi

Salam.

Admin terbaca satu berita berkenaan Kolesterol dari surat khabar. Sangat terkejut dengan angka yang sangat menakutkan. Tak sangka jumlahnya sangat besar. Percaya atau tidak,  9.6 Juta rakyat Malaysia berkolesterol tinggi. Bersamaan dengan 32% rakyat Malaysia ni berkolesterol tinggi. Sangat membimbangkan.

Statistik ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS). Salah satu sebab yang paling utama yang menyumbang kepada peningkatan peratus ini ada KESEDARAN. Ramai Rakyat Malaysia masih tidak lagi punyai kesedaran tentang bahayanya Kolesterol yang Tinggi.

Tambah lagi, pihak KKM menyatakan Rakyat Malaysia juga lebih gemar menjalankan gaya hidup yang tidak sihat. Tidak bersenam (Exercise), Sering Makan makanan yang tidak sihat dan juga masih lagi tidak punyai kesedaran betapa pentingnya Kesihatan dalam diri.

Ini semua menjadi penyumbang kepada sakit-sakit yang berisiko. Hipertensi, Tekanan Darah Tinggi, Diabetes dan sebagainya. Ia juga selalu menjadi penyebab kepada serangan Jantung & Strok yang semakin membimbangkan. Sebab itulah kita sering dengar tentang kematian mengejut atau kematian di usia muda.

Kepada yang masih tidak tahu APA ITU KOLESTEROL? Boleh klik di link ini.
Blog ini juga ada bercerita tips-tips bagaiman untuk mengawal dan menurunkan kolesterol. Lihat link-link di bawah :

Oleh itu sama-sama kita menurunkan bacaan statistik ni. Jaga pemakanan harian kita. Ambil masa untuk Excercise. Jaga kesihatan. Letakkan Kesihatan untuk diri & keluarga sebagai keutamaan. Jangan ambil mudah. Jus Biodea yang akan di keluarkan nanti juga boleh membantu untuk menurunkan & mengawal kolesterol anda. Insyallah. Kami akan beritahu nanti.

Sumber : Berita Harian,  Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *