Blog Kesihatan Biodea

Bagaimana Rawatan Jantung Tersumbat Dibuat ?

Kita selalu mendengar tentang saluran jantung tersumbat. Banyak cerita yang kita dengar mengenai hal Saluran Jantung tersumbat. Atau dengan bahasa yang lebih tepat, saluran darah di jantung tersumbat. Ia yang boleh sebab aliran darah & oksigen tersekat serta tidak berfungsi seperti biasa.

Seperti yang sedia maklum, banyak sebab yang menjadi punca saluran darah di jantung boleh tersumbat. Yang paling utama dan selalu di sebut-sebutkan adakan KOLESTEROL. Apa itu Kolesterol? Baca di sini.  

Apakah rawatan yang biasa di lakukan jika ada saluran darah di Jantung tersumbat? Proses yang biasa atau awalannya adalah ubat pemecah darah. Ini yang selalu doktor berikan pada awal rawatan. Selepas itu, pesakit akan di tahan Wad selama 1 minggu untuk pemerhatian. Jika semua kembali normal, pesakit boleh kembali ke rumah. Mengapa 1 minggu? Ini prosedur Hospital. Sebab biasanya kesadaan pesakit tidak stabil. Jadi pemerhatian yang tinggi amat perlu.

Bagaimana pula selepas itu? Jika pesakit kembali normal, satu sesi temujanji akan di buat bersama doktor. Untuk pemeriksaan susulan. Pemeriksaan susulan sangan penting, sebab Semasa ini Doktor akan buat pemeriksaan dengan teliti. Ini prosedur biasa bagi Hospital Kerajaan.

Jika di Hospital Swasta, Doktor akan cadangkan rawatan yang segera untuk pulihkan kesihatan jantung. Jika confirm ada saluran jantung tersumbat, ada beberapa rawatan yang perlu di lakukan segera. Jika tidak ia akan mengganggu pernafasan dan boleh menyebabkan kesan pada tempat lain. Terutamanya boleh menjurus kepada STROK.

Rawatan jantung yang biasa dilakukan di Malaysia adalah rawatan belon atau sten. Dimana 1 salur yang sangat kecil dimasukkan di urat sehingga ke saluran yang tersumbat. Sedar atau tidak semuanya atas nasihat Doktor ya. Lihat video di bawah :

Kedua-dua video ini menunjukkan bagaimana rawatan belon & sten di lakukan. Boleh bayangkan tak bagaimana semua ini boleh dilakukan di saluran darah yang sangat kecil? Inilah teknologi untuk kesihatan Jantung. Memang boleh tapi KOSNYA? Menang sangat tinggi. Boleh mencecah dari RM30K – RM80K untuk rawatan ini. Memang sangat MAHAL!!

Jadi sama-samalah kita menjaga pemakanan. Hindarkan makan makanan yang berkolesterol tinggi. Kawal Kolesterol. Jangan makan makanan yang berminyak. (Ketahui Bagaimana Turunkan Kolesterol Secara DRASTIK!!). Kawal kolesterol untuk mengelakkan dari saluran darah di Jantung Tersumbat. Buang jauh2 risiko untuk mendapat rawatan seperti di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *